SHout






JOm kiTA PuaSA sunat Isnin & Khamis sama2

Assalamualaikum...

HUH! sedar x sedar hari berganti hari, bulan berganti bulan,dan masa terus berlalu tanpa  sya sedari yg kini, sya bukan lagi begelar pelajar SMKA TUN AHMADSHAH INANAM(errrkk cuti da bebulan-bulan barulah sya mau perasan kunu yg sya x lg skul kat sana haha apalah sya ne kan ^_^  )...bila di ingat kan semula memang bnyak memori & ilmu yg x bleh sya lupa  n yg sya belajar kat sana...ermm kalau dulu memanglah sya mengaku asal masuk ostel masa hari ahad tu mesti masa prep malam tu b'fikir bilalah lagi mau balik bermalam A.K.A kepulangan lg ne padahal baru sj masuk..huhu tp sya kadang2 sj macm tu ,org kata ikut mood,klau ada da tekanan sngt ngan peraturan ostel tu nah memang HAri jumaat sjlah yg di tggu2 selalu tu...haha

Oke!! cukup lah tu sya rasa....jom kita kembali ke topik utama ..ermm semalam masa duduk2 dlm bilik sorang2 lepas begayut dgn c NIK SYAMIM AISHAH,tiba2 plak sya t'fikir pasal puasa sunat yg sya ngan kawan2 kat ostel selalu amal kan hari isnin n khamis,masa hari isnin n khamis tu memang gerenti dewan makan full gilalah haha...

HUh! bru sya perasan sepanjang bebulan-bulan cuti ne adehh langsung plak sya x penah lg mau puasa sunat ne...ni lah yg x bleh dibiar kan ne...tgk pekara baik cam ne  kecik pun yg bnyak kelebihannya pd  sya ,da sya bleh lupa dlm beberapa bulan sj apa lg pekara yg besar dan lebih banyak lebihannya(TAPI SOLAT SYA X LUPA YA huhuhu )...so bila sya fikir2 semula n kebetulan plak hari ne hari khamis lebih baiklah kalau sya teruskan  tuk b'puasa sunat ne...hehe 

So kawan2...cepat2 lah kita sedar kan diri kita tuk melakukan sesuatu yg masih kita mampu lakukan sebelum kemampuan itu ditarik semula dan saat itu baru lah kita sedar dan ianya terlambat sudah....oke ahh rasanya tu sj tuk entry hari ne


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)


Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan
keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu
menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan
keistimewannya yang tersebut.

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Sumber: http://tazkirahawam.blogspot.com/

1 comment:

  1. a'ah...dalam beberapa bulan nie hanya beberapa hari je saya posa sunat isnin khamis..semoga kita sentiasa amalkan semua perkare yg baik2 yg pena kita amalkan di SEMAI..haiya numarisu~

    ReplyDelete