SHout






Hati HAwA KU


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA


  • Untuk Adam.

    KamI HAWA sombong kerana KAmI ingin menjaga pergaulan KamI, dan KamI berusaha untuk menghindari diri KamI serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana KaMI, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan KamI dan jagalah KamI mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

    • ♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
      ♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
      ♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
      ♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
      ♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
      ♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya

    • ~dalam HAtyku Kaw Tak perNah jauH.....(T_T)~

Siapa Yang Pertama...hoho

Assalamualaikum semua...hihi


Okayy jam sudah pun menunjukkan 12.16 Am...so Genaplah umur sya 18 Tahun...hehe
eeeee!!! nda sngka nya tua pula sudah sya ne kan....>,<
oyaa sebenarnya sya ne baru lepas jwp panggilan dr org pertama yg wish sya malam ne n tetiba plak sya TERAJIN untuk tulis something kat blog Kesayangan sya ne hehe...
eheemmm....maw taw sapa Org Pertama Wish sya tu hehe....tp jangan salah faham ahh kami kawan sj...biasalah tu  kawan kan mestilah saling mengingati...haha


hoho inilah org tu....sudah dpt kebenaran ne ahh letak gambar dia :)

haha....eHemmm org kat atas ne lah org pertama yg wish tu....thanks ahh Pyan CoZ sanggup kol malam2 lg tu Terharu sya sanggup kaw tggu sampai jam 12.00 AM semata-mata maw wish sya guna public phone lg tu haha(cehh PERASAN dihargai kunu ne...ntah2 secara kebetulan seja dia teringat kan manalah taw...tapi apa2 pun AMAT ku hargai perkara tersebut...haha)....errmm  ingat kaw nda ingat sudah birthday sya ne balik2 sya tggu tu hp bunyi tggu kaw wishlah kunu & finally ia berbunyi juga haha, mcm maw2 sedih sudah ne bha kalaw kaw tidak wish ^^,( Ceehhh ayat minta puji btul kan ) ...hehe tekejut sya tetiba Phone bebunyi then nombor yg x dikenali tetiba muncul kat skrin phone rupanya kaw plak tu ..hehe bh baik2 kaw di PLKN tu ahh


Bh itu sejalah...maw tidur dulu ne....sakit kepala plak tetiba ne malam efect dr td tghari kot..haha (cuaca yg amat panas plus Tggu maw latihan drive tu lg...so conclusion nya itulah punca sakit kepala kot..)

Al-Mizan :cinta & cita-cita



Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama,

tak perlu dipaksa, tak perlu dicari,

kerna ku yakin ada jawabnya."

Tutuplah kelopak mata dan selamilah pengertian sedalam lautan kalimah Cinta. Dengarkanlah setiap rentak dalam nalurimu apabila ungkapan romantis Cintadituturkan, saat tangis seakan gerimis, saat jiwa seakan berduka dan saat hati seakan sunyi. Benarkah kata orang Cinta tidak punya mata tetapi hanya ada hati.

Kebanyakan kita mentafsir cinta dengan membayangkan sepasang kekasih, tersimpul dalam ikatan kasih sayang, mengalir sederas aliran di detak rindu, berbenih dan berbunga di telaga sukma. Hakikatnya, Cinta adalah ungkapan yang bukan sekadar ungkapan. Cinta adalah sebuah anugerah yang nilainya bukan segunung waima selautan emas sekalipun. Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnya Cinta.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak sempurna Iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Cita-cita adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju ke hadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Insan tanpa cita-cita, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya.

Cita-cita adalah ibarat sebuah bangunan, terbina dari susunan batu-bata kekentalan, tercantum dengan simen pengetahuan dan terteguh dengan pasir keyakinan. Cita-citabukanlah hanya ingin menjadi ternama, mempunyai prospek kerjaya mahupun menjadi usahawan berjaya, namun cita-cita tertinggi adalah menggapai keredhaan Illahi duniawi juga ukhrawi.

Renungilah, apakah wujud al-Mizan Cinta dan Cita-cita? Perlukah Cinta itu dipisahkan dengancita-cita? Mampukah cita-cita itu dipertahankan tanpa sebuah Cinta? Haruskah Cinta itu hadir setelah diperoleh cita-cita?

Percayalah, Cinta dan cita-cita adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.

Dalam travelog cita-cita, kita perlukan kekuatan, menahan segala dugaan dan rintangan yang bukan sedikit cuma dan hadirnya Cinta sebagai sumur dalam perjuangan.

Sebab itulah perlu ditegaskan bahawa pengertian Cinta itu luas lingkup tafsirannya. Rahmat Allah adalah Cinta buat kita, kasih sayang ibu bapa adalah Cinta buat kita, sokongan sahabat-sahabat adalah Cinta juga buat kita. Mustahillah, bagi kita andai dikatakan semua ini tidak perlu dalam mengejar kemurniaan cita-cita. Cinta adalah teman setia cita-cita. Raja kepadaCinta ini adalah hati yang dijalin atas nama Maha Pencipta.

Oleh itu, fikirlah tentang al-Mizan Cinta dan Cita-Cita. Halus timbangannya, atas redha AllahCinta dan cita-cita bersatu. Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan Cinta Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah,cita-cita yang digarap atas nama Cinta-Nya mampu digapai dalam inayahnya.

Insya-Allah.

-Artikel iLuvislam.com

MEnangis sebab apa???

Terdapat 10 jenis TANGISAN dalam dunia ini :
Menurut Ibnu Qayyim –




1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis..


Mana satu tangisan yang selalu kita tumpahkan air mata ini?


Nabi Muhammad Mennagis mengenangkan umatnya iaitu KITA...
Bagaimana dengan kita? ke mana kita salurkan tangisan kita??


Aishah r.a telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:


”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.


So kesimPulannya anda menangis sebab apa??fikir2kanlah yerr~hehe :')

Wahai KAMU yang Telah melUmpUHkan hatiKU



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya Lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,


Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.

Tahukah wahai kamu yang melumpuhkan hatiku?

Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai, walaupun itu hanya  prasangka ku.


Sakit hatiku ku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang  terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.


Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,

Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.

Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.

Wahai kamu  yang telah melumpuhkan hatiku,

Mungkin aku bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk  menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar.  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.


Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,

Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARI ku.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari ku bila dia bukanmu.





Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk  meminangmu? Dan kau pun siap dengan pinanganku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir,  semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.




Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama  akhirnya,  setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.


Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.



Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

sumber asal : Muslimah Sholehah


Copy seja Ne... ^^,