SHout






JOm kiTA PuaSA sunat Isnin & Khamis sama2

Assalamualaikum...

HUH! sedar x sedar hari berganti hari, bulan berganti bulan,dan masa terus berlalu tanpa  sya sedari yg kini, sya bukan lagi begelar pelajar SMKA TUN AHMADSHAH INANAM(errrkk cuti da bebulan-bulan barulah sya mau perasan kunu yg sya x lg skul kat sana haha apalah sya ne kan ^_^  )...bila di ingat kan semula memang bnyak memori & ilmu yg x bleh sya lupa  n yg sya belajar kat sana...ermm kalau dulu memanglah sya mengaku asal masuk ostel masa hari ahad tu mesti masa prep malam tu b'fikir bilalah lagi mau balik bermalam A.K.A kepulangan lg ne padahal baru sj masuk..huhu tp sya kadang2 sj macm tu ,org kata ikut mood,klau ada da tekanan sngt ngan peraturan ostel tu nah memang HAri jumaat sjlah yg di tggu2 selalu tu...haha

Oke!! cukup lah tu sya rasa....jom kita kembali ke topik utama ..ermm semalam masa duduk2 dlm bilik sorang2 lepas begayut dgn c NIK SYAMIM AISHAH,tiba2 plak sya t'fikir pasal puasa sunat yg sya ngan kawan2 kat ostel selalu amal kan hari isnin n khamis,masa hari isnin n khamis tu memang gerenti dewan makan full gilalah haha...

HUh! bru sya perasan sepanjang bebulan-bulan cuti ne adehh langsung plak sya x penah lg mau puasa sunat ne...ni lah yg x bleh dibiar kan ne...tgk pekara baik cam ne  kecik pun yg bnyak kelebihannya pd  sya ,da sya bleh lupa dlm beberapa bulan sj apa lg pekara yg besar dan lebih banyak lebihannya(TAPI SOLAT SYA X LUPA YA huhuhu )...so bila sya fikir2 semula n kebetulan plak hari ne hari khamis lebih baiklah kalau sya teruskan  tuk b'puasa sunat ne...hehe 

So kawan2...cepat2 lah kita sedar kan diri kita tuk melakukan sesuatu yg masih kita mampu lakukan sebelum kemampuan itu ditarik semula dan saat itu baru lah kita sedar dan ianya terlambat sudah....oke ahh rasanya tu sj tuk entry hari ne


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)


Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan
keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu
menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan
keistimewannya yang tersebut.

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Sumber: http://tazkirahawam.blogspot.com/

ANdai DIA tahu ....











♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.
#copy&paste Jer ^^,
























salah faham dalam pertunangan

“Eh, betul ke ko dah bertunang, bila?” Tanya Ali tiba-tiba, dengar dari mulut orang barangkali.

“Aah, baru je kelmarin aku bertunang” Jawab Abu tanpa berselindung.
“Ko serius ke ni, tak ada majlis apa-apa pun aku tengok kat rumah hang” Tanya Ali lagi.
“Iye, aku serius la ni, ingat ini perkara main-main ke, meh aku terangkan bertunang dalam konsep agama macam mana, selalu kita hanya tahu adat, jadi agama lebih tinggi daripada adat taw” Jawab Abu tenang.

Bukan main berkerut lagi Ali mendengar yang kawannya sudah bertunang.


Salah faham ketika bertunang
1. Dalam adat Melayu, apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.

Di dalam Islam tidak perlu begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia menerima pinangan si lelaki.



2. Peminangan boleh berlaku sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung si perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).

Tetapi sekiranya si perempuan itu dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam membuat pemilihan.



3. Di dalam bertunang Islam memberi kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan untuk berkomunikasi, tetapi selain daripada itu iaitu dalam konteks berkawan contohnya, Islam melarang lelaki dan perempuan berkomunikasi kecuali jika mempunyai sebab-sebab yang diizinkan oleh syara’.

Walaupun Islam memberi kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan semasa tempoh bertunang untuk kenal hati budi masing-masing, Islam masih lagi melarang pasangan tunang untuk keluar berdua tanpa ditemani oleh mahram.



4. Walaupun Islam memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan tunang untuk berkomunikasi, mereka juga harus menjaga komunikasi mereka dengan baik seperti tidak membicarakan perkara yang lucah, perkara yang membawa kepada maksiat, perkara yang membuang masa dan tidak bermanfaat.

Jika mereka membicarakan perkara melibatkan agama seperti tazkirah, saling menasihati, saling memberi dorongan dan sokongan yang positif dan banyak lagi. Maka ia sangat-sangat digalakkan dalam persediaan ke alam rumah tangga.



5. Tidak memikirkan perkara-perkara yang negatif. Ini adalah perkara yang sangat penting dalam menjaga keharmonian ketika fatrah bertunang. Masing-masing tahu menjaga tanggungjawab diri sendiri, sebagai contoh yang saya boleh katakan jika salah seorang tidak menjaga amanah dan tidak bertanggungjawab, mungkin si lelaki atau si perempuan bermain kayu tiga atau sebagainya, maka mereka akan lebih banyak membuang masa dengan bergaduh dan risau terhadap pasangan tunang.

Bukankah ini telah merosakkan hati dan keharmonian dalam fatrah bertunang, banyak membuang masa dalam memikirkan hal yang remeh temeh. Sepatutnya masa itu sangat-sangat penting dalam membuat persediaan seperti melengkapkan diri dengan disiplin ilmu agama dan amalan. Sebab itulah agama sangat menggalakkan agar calon yang ingin berkahwin mencari pasangan yang faham agama dan baik akhlaknya.



6. Minta putus jika pasangan tunang tidak elok budi pekertinya. Perkara ini sangat penting dalam fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa keputusan.

Sepatutnya mereka boleh minta putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang sangat serius.




Kesimpulan

Mencari tunang yang soleh/solehah sudah menjadi kemestian kepada pasangan calon yang ingin berkahwin, Kerana perkara ini akan membawa kesan yang sangat besar selepas bergelar isteri atau suami kelak seperti hadis Nabi saw yang bermaksud:


“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekira kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi” (Riwayat Tirmizi)

“Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah” (Riwayat Muslim)



Kebenaran hadis ini kita telah lihat keadaan dunia pada zaman kini, berapa ramai manusia yang memilih calon suami atau isteri berdasarkan nafsu dan tidak meletakkan agama serta akhlak sebagai yang utama. Maka kita sudah lihat kerosakan di sana-sini akibat dari kesilapan yang telah dilakukan. Keluarga yang di bina menjadi porak peranda.

Contohnya, tiada kebahagiaan dalam rumah tangga kerana hilang keberkatan, anak-anak yang bakal dilahirkan menjadi jahat, masing-masing suka bergaduh, keluarga yang suka kan maksiat dan pelbagai lagi masalah keluarga jika hendak disenaraikan akibat kita tidak menjaganya dari awal.

Maka di sini, Islam sangat menjaga kemaslahatan ummah iaitu dengan menjaga keharmonian rumah tangga semenjak dari pemilihan calon dari awal. Kita sudah sedia maklum bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga seperti firman Allah swt yang bermaksud:


“Dan di antara-antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, kasih sayang dan belas kasihan”. Arrum ayat 21.



Lagi firman Allah swt yang bermaksud:




“Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”. Al-baqaroh ayat 117.

Ayat di atas mengibaratkan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangannya, kerana masing-masing saling melindungi pasangannya. Sekiranya kita memilih pasangan yang buruk akhlaknya, sudah pasti dia bukan pelindung yang baik, malah menjadikan kita sebagai mangsa kezalimannya.

Wallahu a’lam.

mulut kata ya hati kata jgn...tu tandanya da tipu diri lerr~

Hurmm kenapa sya perlu sedih ehh bila nmpk segala status kat wall FB dia tu?? aduyyay kenapalah hati ne macam  ne..leceh lah...skng ne sya  pulak yg  da macam org yg da x taw macam nak urus kan perasaan sendiri ne..huhu sadis sungguh...

Skng ne Sya da ngaku memang penat juga tipu diri sendiri ne kan??...huhu skng barulah sya faham maksud ayat tu ..semakin sya cuba buat2 maw lupakan dia kurang2 kontek ngan dia semakin plak sya ingat kat dia...contohnya lah kan .... sejak kebelekangan ne jarang da x kontek2 ngan dia klw dulu tu sekali sekala ada juga kami beText dalam sehari tp sekarang?? huh!! tahlah..yg buat sya betul2 SEDIH kan beberapa ary lalu adalah try maw chat dgn dia ne sbb sebelum tu memang lamalah sudah x kontek ngan dia text pun jarang da klw dia on9 sya 0n9 bukan juga maw tegur2 tu last2 0ff9 macam tu sejalah tp yg malangnYA tidak dibalas ... aduyyay :'(
tp xpalah sya bukannya ada hak maw marah dia sbb xmaw kontek sya kah atau paksa dia kontek ngan sya pun..huhu (nada sedih sikit..kunulah minta kesian kan hihihi) mungkin ada salah yg sya buat tanpa sya sedar kot n mungkin juga dia da BOSAN asyik2 kontek ngan sya...haha okaylah tu setiap org kan ada kebebasan tuk buat pilihan dgn apa yg dia maw buat so sya pun xleh lah nak kata apa da HANYA MAMPU TERSENYUM DAN MENAHAN RASA sj lah nmpknya..hehe okay biarkan saja waktu menentukan segalanya yg sy tau skng ne lepas ne law dpt smbung kat mana2 IPTA or IPTS sya maw belajar betul2 n lupakan dulu pasal perasaan2 ne..haha eiitss lupa plak ary tu sya ada isi borang KYS(kolej Yayasan Sabah) secara online n tadi dpt msg drg pihak diorang n mcm msg tu bg hint2 tuk sya pegi daftar diri waktu pendaftaran terbuka diorang nnt 7&8 mei ne kat kampus sembulan kota kinabalu tp sy xtaw kata mana  tmpt tu..hehe tp tahlah tgk macam mana nnt ne...

oyaa sebelum sya mengundurkan diri nak buat lapor sikit ne hehe....tadi sya sempat luangkan masa ngan kawan pegi jalan2 kat 1B....hehe jomlah tgk gambr malas maw mengarut da ne..hahaha